SPRM lancar bilik gerakan 24 jam sempena PRN Sabah

10 Nov 2025, 6:29 AM
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam sempena PRN Sabah

SHAH ALAM, 10 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Menurut kenyataan SPRM, bilik gerakan ini akan beroperasi 24 jam, bermula hari ini sehingga 5 Disember 2025.

Orang ramai boleh menghubungi talian berikut untuk membuat aduan:

  • Pejabat SPRM Kota Kinabalu: 017-8478740 / 088-488381

  • Pejabat SPRM Cawangan Sandakan: 089-668746 / 011-18669877

  • Pejabat SPRM Cawangan Tawau: 089-772743

  • Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu: 089-8687695

  • Pejabat SPRM Cawangan Keningau: 087-336761 / 016-5771521

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras Akta Suruhanjaya SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.