ad

Selangor mudah terdedah rasuah, negeri berpendapatan tinggi, wujud pelbagai projek

5 Nov 2025, 7:49 AM
Selangor mudah terdedah rasuah, negeri berpendapatan tinggi, wujud pelbagai projek
Selangor mudah terdedah rasuah, negeri berpendapatan tinggi, wujud pelbagai projek
Selangor mudah terdedah rasuah, negeri berpendapatan tinggi, wujud pelbagai projek

SHAH ALAM, 5 NOV: Selangor mudah terdedah dengan gejala rasuah berikutan status negeri berpendapatan tinggi, kata pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Datuk Ahmad Nizam Ismail berkata ia berikutan wujudnya pelbagai projek naik taraf dan penambahbaikan yang dilaksana demi manfaat rakyat.

“Selangor sebagai negeri berpendapatan tinggi, yang banyak lakukan kerja infrastruktur jadi mudah terdedah dengan gejala rasuah.

“Penting semua pihak terutama akar umbi memainkan peranan membanteras gejala rasuah dan tidak hanya bergantung dengan SPRM dan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui pada program Dialog Integriti Kebangsaan Shah Alam (DIKSA) 2025 yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin hari ini.

Bertemakan ‘Membina Kita dan Kota Berintegriti’ program melibatkan kakitangan MBSA yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA itu bertujuan memperkukuh nilai integriti dalam setiap organisasi.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan program dialog integriti itu wajar dicontohi dan dilaksana di semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dalam mewujudkan sifar rasuah perlu diterapkan di semua organisasi baik sekolah, masjid atau korporat termasuk komuniti masing-masing.

“Dengan menolak rasuah dan meningkatkan integriti dapat melahirkan generasi berguna pada masa depan,” katanya.