ad

Taman Tasik Shah Alam jadi tumpuan ramai, saksi aksi bot laju Asia

19 Okt 2025, 8:11 AM
Taman Tasik Shah Alam jadi tumpuan ramai, saksi aksi bot laju Asia
Taman Tasik Shah Alam jadi tumpuan ramai, saksi aksi bot laju Asia
Taman Tasik Shah Alam jadi tumpuan ramai, saksi aksi bot laju Asia
Taman Tasik Shah Alam jadi tumpuan ramai, saksi aksi bot laju Asia
Taman Tasik Shah Alam jadi tumpuan ramai, saksi aksi bot laju Asia

SHAH ALAM, 19 OKT: Taman Tasik Shah Alam menjadi tumpuan orang ramai seawal jam 8 pagi, bagi menyaksikan pusingan akhir Kejohanan Bot Laju Asia 2025 hari ini.

Tinjauan Media Selangor mendapati pelbagai lapisan masyarakat hadir sambil beriadah bersama keluarga sempena cuti umum perayaan Deepavali yang akan disambut esok.

Juruteknik, Rozaidi Ibrahim, 45, berkata beliau membawa seisi keluarga untuk menonton kejohanan bot laju yang ditunggu-tunggu sejak beberapa minggu lalu.

“Memang datang hari ini untuk bawa keluarga, untuk saksikan kehebatan bot, terutamanya wakil dari Malaysia sendiri. Saya sudah tahu mengenai program ini dari media sosial.

Juruteknik Rozaidi Ibrahim, 45. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Saya juga ambil kesempatan tidak balik kampung kali ini, dan bawa keluarga beriadah untuk meriahkan lagi suasana. Saya mahu beri sokongan kepada pasukan Malaysia,” katanya.

Peguam, Nurul Izzah Tajul Ariff, 33, yang baharu pulang dari bersarapan bersama ahli keluarga mengakui teruja melihat pertandingan bot laju buat pertama kali dalam hidupnya.

“Saya sebenarnya jalan-jalan hujung minggu sahaja. Kemudian datang tasik untuk riadah. Pertama kali saya datang tengok. Teruja juga lihat pertandingan bot laju,” katanya.

Nurul Izzah Tajul Arif, 33. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, warga emas, Sufian Jaafar, 70, meluahkan rasa bangga apabila melihat wakil Malaysia turut bertanding dalam kejohanan berprestij itu.

“Seronok tengok ada wakil Malaysia. Pertama kali tengok, biasanya tengok bot di penambang atau di banjir. Saya tidak pernah tengok, ini pertama kali dapat tonton pertandingan bot,” katanya.

Sufian Jaafar, 70. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Kejohanan Bot Laju Asia 2025 yang bermula 17 Oktober lalu diadakan sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kejohanan berkenaan dianjur dengan kerjasama Asia Powerboat Association dan turut menghimpunkan peserta dari lapan negara seperti Hong Kong, Macau, Thailand, Singapura, United Kingdom dan Malaysia.