ad

Tumpahan Espresso, cerita kopi Hakimi dan 108 Hideout

18 Okt 2025, 4:01 AM
Tumpahan Espresso, cerita kopi Hakimi dan 108 Hideout

Di celah-celah bunyi mesin espresso memecah hening suasana dan aroma daripada kopi panggang membentuk asap menaikkan deria rasa, kudrat Mohamad Hakimi, 20, tekun menyiapkan bancuhan kopi di 108 Hideout sebuah kedai kopi yang makin mendapat tempat di hati anak muda Puchong, Selangor.

Dengan gerakan yang teliti dan penuh tumpuan, setiap tumpahan espresso yang dihasilkannya bukan sekadar minuman, tetapi sebuah karya seni kecil yang dinikmati pelanggan yang keluar masuk ke kedainya.

Bagi Hakimi, dunia kopi bukan sekadar pekerjaan sambilan, tetapi satu bentuk ekspresi diri. “Kopi yang baik bukan sekadar sedap, tapi ada jiwa,” katanya sambil tersenyum. Setiap cawan yang dihidangkan membawa bersamanya cerita tentang latihan berjam-jam, eksperimen rasa, dan kepuasan melihat senyuman pelanggan selepas hirupan pertama.

Terletak di Kampung Tengah, Puchong, 108 Hideout menjadi lokasi tumpuan mereka yang mencari ruang tenang dari hiruk-pikuk kota. Hiasan dalaman yang minimalis, aroma kopi segar, dan alunan muzik lembut menjadikan kafe ini tempat ideal untuk bekerja, berbual atau sekadar menikmati masa sendiri.

Di sudut kecil ini, Hakimi dan rakan-rakannya menghidupkan budaya kopi hipster moden yang semakin berkembang di Selangor. Bagi mereka, setiap hidangan cawan bukan sekadar minuman, ia lambang dedikasi, kreativiti, dan hubungan manusia dengan detik-detik kecil kehidupan yang perlahan, namun penuh makna.

Sempena sambutan Hari Kopi Antarabangsa pada Oktober, jurufoto Khairul Helmy menyelami kisah rutin pemilik kedai kopi yang tanpa jemu dan bosan menhidangkan minuman untuk menyegarkan hari-hari peminatnya.

Barista muda, Mohamad Hakimi, 20, tekun menyiapkan bancuhan kopi menggunakan mesin espresso di kedai kopi 108 Hideout, Kampungg Tengah, Puchong. Wap panas dan aroma kopi memenuhi ruang kecil itu, menandakan permulaan setiap cawan yang dicipta dengan penuh ketelitian dan jiwa.

Dari biji ke serbuk, dari aroma ke rasa setiap kisaran membawa cerita. Di 108 Hideout, kopi bukan sekadar minuman, tapi pengalaman yang bermula dari kisaran pertama.

Di sebalik aroma kopi yang memikat, tersimpan seni halus hasil sentuhan tangan Mohamad Hakimi, 20, barista di 108 Hideout, Kampung Tengah, Puchong. Setiap corak bunga putih di atas permukaan hitam kopi menjadi lambang minat dan kesungguhan anak muda ini dalam dunia seni barista.

Di balik wap panas dan aroma kopi yang memenuhi ruang 108 Hideout, Mohamad Hakimi, 20, barista muda di Kampung Tengah, Puchong, tekun menyiapkan bancuhan kopi. Setiap titisan espresso lahir daripada ketelitian dan minat mendalam terhadap seni pembuatan kopi.

Barista, Mohamad Hakimi, 20, menyiapkan bancuhan kopi menggunakan mesin di kedai kopi 108 Hideout, Kampung Tengah, Puchong. Wap panas dan aroma kopi memenuhi ruang, menandakan permulaan setiap cawan yang dicipta dengan penuh teliti dan minat terhadap seni pembuatan kopi.

Di sudut kecil 108 Hideout, aroma kopi segar berpadu dengan kehangatan suasana, menjadikan setiap hidangan bukan sekadar minuman, tetapi pengalaman hasil gabungan rasa, aroma dan seni tangan seorang barista.

Di bawah cahaya hangat dan suasana tenang, pelanggan menikmati kopi sambil berbual di kedai kopi 108 Hideout, Kampung Tengah, Puchong.

Di bawah cahaya hangat dan suasana tenang, pelanggan menikmati kopi sambil berbual mesra di kedai kopi 108 Hideout, Kampung Tengah, Puchong. Suasana santai itu melengkapkan pengalaman menikmati hasil tangan barista muda yang mencurahkan minat dan seni dalam setiap bancuhan.

Di bawah cahaya hangat dan suasana tenang, pelanggan menikmati kopi sambil berbual mesra di kedai kopi 108 Hideout, Kampung Tengah, Puchong. Suasana santai itu melengkapkan pengalaman menikmati hasil tangan barista muda yang mencurahkan minat dan seni dalam setiap bancuhan.

Di bawah cahaya hangat dan suasana tenang, pelanggan menikmati kopi sambil berbual di kedai kopi 108 Hideout, Kampung Tengah, Puchong.