PETALING JAYA, 14 OKT: Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian berlaku 9.30 pagi di dalam kawasan sekolah.
“Ini kejadian yang menyedihkan. Pelajar lelaki menikam pelajar perempuan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Motif kejadian masih dalam siasatan. Tangkapan sudah dibuat dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan Ketua Polis Selangor,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Anti Buli Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini, lapor Harian Metro.
Terdahulu, akhbar melaporkan pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini maut dipercayai ditikam pelajar lelaki dalam kejadian hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi, di mana pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah.