Di sebuah bengkel kecil di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Lawrence Ng, 60, masih setia meneruskan seni pertukangan rotan yang diwarisi sejak lebih tiga dekad lalu.
Di sebalik timbunan rotan dan bunyi api pembakar, kelihatan tangan tuanya ligat mengukur, memotong dan membentuk rotan menjadi pelbagai jenis perabot seperti kerusi, meja dan buaian.
Lawrence memulakan kerjayanya sebagai tukang rotan sejak usia muda, ketika industri itu masih menjadi pilihan ramai sebelum kemasukan perabot moden dan plastik.
“Kerja ni perlukan kesabaran dan ketelitian. Setiap batang rotan ada karekter sendiri, kena tahu cara nak lentur dan ikat supaya tahan lama,” katanya.
Walaupun permintaan terhadap perabot rotan tradisional semakin berkurang, Lawrence tetap menerima tempahan daripada pelanggan setia, termasuk kafe dan hotel yang mahu suasana klasik dalam dekorasi mereka.
Bagi beliau, kepuasan datang bukan daripada keuntungan, tetapi daripada hasil kerja tangan yang mampu bertahan bertahun lamanya.
Jurufoto Khairul Helmy menyelami detik itu dengan lensa merakam bukan sekadar objek, tetapi proses tangan yang membentuk, api yang mengubah, dan komuniti kecil yang mengekalkan warisan.
Setiap batang rotan dipilih dengan teliti sebelum diproses hanya yang paling kukuh dan lentur akan menjadi sebahagian daripada hasil tangan.

Batang rotan dipotong mengikut ukuran yang diperlukan langkah awal sebelum ia berubah menjadi kerusi, meja dan karya seni anyaman yang mengekalkan warisan rotan tempatan.
Batang rotan dipotong mengikut ukuran yang diperlukan langkah awal sebelum ia berubah menjadi kerusi, meja dan karya seni anyaman yang mengekalkan warisan rotan tempatan.
Setiap batang rotan diukur dengan teliti, bukan sekadar kerja rutin, tetapi tradisi yang diwarisi. Nilai kesabaran dan ketepatan menjadi asas setiap karya yang dihasilkan.
Dengan teliti, Lawrence membentuk batang rotan yang masih hangat selepas dibakar api proses penting untuk mendapatkan lengkungan sempurna di bengkel rotan Woon Cane, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Lawrence Ng, meneliti kerusi rotan hasil tangan yang menjadi sebahagian hidupnya sejak muda. Di bengkel Woon Cane, Jalan Klang Lama, warisan kerja tangan ini diteruskan dengan kesabaran dan cinta pada kraf.
Lawrence, mengangkat kerusi rotan hasil tangan yang telah siap dan menjadi sebahagian hidupnya sejak muda. Di bengkel Woon Cane, Jalan Klang Lama.