Lebih 10,000 hadir meriahkan Sambutan Jubli Perak MBSA

11 Okt 2025, 12:42 AM
Lebih 10,000 hadir meriahkan Sambutan Jubli Perak MBSA
Lebih 10,000 hadir meriahkan Sambutan Jubli Perak MBSA
Lebih 10,000 hadir meriahkan Sambutan Jubli Perak MBSA
Lebih 10,000 hadir meriahkan Sambutan Jubli Perak MBSA
Lebih 10,000 hadir meriahkan Sambutan Jubli Perak MBSA
Lebih 10,000 hadir meriahkan Sambutan Jubli Perak MBSA

SHAH ALAM, 11 OKT: Lebih 10,000 orang memeriahkan Sambutan Jubli Perak 25 tahun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.

Datuk Bandarnya Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata acara berkenaan dianjur bagi menghargai warga Shah Alam yang banyak menyokong dan memberi sokongan sosial kepada MBSA.

Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim berucap dalam majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MBSA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 Oktober 2025. Hadir sama  Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

"Sumbangan dalam kutipan hasil cukai taksiran, penyertaan dalam program serta cadangan daripada warga Shah Alam termasuk sokongan dan bantuan Kerajaan Negeri dan persekutuan telah membina sebuah bandar dinamik yang mampan, inklusif dan berdaya huni.

"Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan kepercayaan kepada pihak MBSA untuk membuktikan keupayaan kami sebagai penyedia perkhidmatan perbandaran sehingga berjaya merangkul pelbagai anugerah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menerusi Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) merasmikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MBSA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 Oktober 2025. Hadir sama Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim (kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Majlis penuh warna-warni itu turut menampilkan pelbagai persembahan menarik termasuk artis popular Jamal Abdillah, Ernie Zakri, Ara Johari dan Haziq Rosebi yang menghiburkan ribuan pengunjung.

Sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan perbarisan kontinjen MBSA, penyertaan sekolah sekitar Shah Alam serta rakan strategik MBSA, selain acara Larian Neon Shah Alam dan Pesta Kopi yang menarik perhatian ramai.

Antara peserta Larian Neon Shah Alam sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MBSA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 Oktober 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, MBSA turut mengumumkan pemenang bertuah bagi kategori pembayar cukai taksiran paling setia, Wong Lee Heoh, 53, yang membawa pulang sebuah Proton e.Mas7.

Lee Heoh ketika ditemui meluahkan rasa teruja dan tidak menyangka namanya dipilih sebagai pemenang, selain menegaskan kepentingan membayar cukai taksiran tepat pada waktunya.

"Saya sangat bersyukur, ini merupakan kereta impian saya, terima kasih MBSA. Kepada semua penduduk Shah Alam jangan abaikan cukai taksiran, kalau mampu lunaskan sahaja jumlah setahun itu," katanya yang sering melunaskan bayaran setahun terus.

EXCO Pelanconga Dato' Ng Suee Lim berswafoto bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan pemenang cabutan cukai pintu Wong Lee Heoh dalam Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MBSA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 Oktober 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR