Gempa bumi kuat landa Leyte di Filipina, gegaran turut dirasai di Sandakan

1 Okt 2025, 12:02 AM
Gempa bumi kuat landa Leyte di Filipina, gegaran turut dirasai di Sandakan

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di Leyte, Filipina pada 9.59 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50 kilometer (km) barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran itu untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.