ad

Pilihan Selangor julang kejuaraan TSSC empat kali berturut-turut, tewaskan Pilihan Singapura 2-1

28 Sep 2025, 12:47 AM
Pilihan Selangor julang kejuaraan TSSC empat kali berturut-turut, tewaskan Pilihan Singapura 2-1
Pilihan Selangor julang kejuaraan TSSC empat kali berturut-turut, tewaskan Pilihan Singapura 2-1
Pilihan Selangor julang kejuaraan TSSC empat kali berturut-turut, tewaskan Pilihan Singapura 2-1

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Pilihan Selangor menjulang kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) bagi kali keempat berturut-turut selepas mengecewakan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka di sini malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah melebarkan rekod kejuaraan ke-12 sejak kali pertama TSSC dianjurkan pada 2001.

Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan seimbang dan saling berbalas serangan.

Gol Selangor akhirnya tiba pada minit ke-20 berpunca daripada hantaran menarik Mohamad Faisal Abdul Halim daripada sudut tepi yang berjaya disempurnakan Harry Danish, sekali gus menewaskan penjaga gol lawan Hassan Abdullah Sunny.

Selangor terus melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan, namun Singapura berjaya mengekang usaha anak buah Christophe Gamel sebelum mengikat kedudukan menerusi Takumi Yokohata pada minit ke-40.

Memasuki separuh masa kedua, Singapura dilihat lebih agresif mengatur gerak namun segala serangan berjaya dipatahkan pertahanan Selangor.

Selangor akhirnya menambah jaringan menerusi pemain gantian Chrigor Moraes yang menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan, sekali gus mengesahkan kejuaraan buat Gergasi Merah.

Sementara itu, pasukan Veteran Selangor kempunan untuk mempertahankan kejuaraan itu selepas tewas kepada Singapura 4-3 pada aksi penentuan sepak penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan perlawanan itu serta menyampaikan trofi kepada pemenang.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.