ad

Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz meninggal dunia

23 Sep 2025, 11:11 AM
Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz meninggal dunia

RIYADH, 23 SEPT: Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Sheikh yang menyandang jawatan itu sejak 1999 telah meninggal dunia, menurut Mahkamah Diraja dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kerajaan Arab Saudi dan dunia Islam telah kehilangan seorang ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam perkhidmatan ilmu, Islam dan umat Islam,” menurut kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.

Solat jenazah akan diadakan di ibu negara Riyadh dan di masjid-masjid lain di seluruh negara pada Selasa, tambah kenyataan berkenaan.

- BERNAMA-dpa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.