ad

Selangor kenal pasti tiga cabang utama ekonomi kreatif, galak kerjasama swasta

23 Sep 2025, 7:33 AM
Selangor kenal pasti tiga cabang utama ekonomi kreatif, galak kerjasama swasta
Selangor kenal pasti tiga cabang utama ekonomi kreatif, galak kerjasama swasta
Selangor kenal pasti tiga cabang utama ekonomi kreatif, galak kerjasama swasta
Selangor kenal pasti tiga cabang utama ekonomi kreatif, galak kerjasama swasta

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kerajaan Negeri mengenal pasti tiga cabang utama sektor ekonomi kreatif berpotensi tinggi iaitu seni dan multimedia digital, seni dan budaya serta seni dan warisan sebagai teras baharu pembangunan negeri.

EXCO Keusahawanan Najwan Halimi berkata ketiga-tiga cabang berkenaan akan dijadikan penanda aras untuk menentukan kawasan sesuai sebagai hab kreatif berdasarkan kekuatan tempatan.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berucap ketika sesi libat urus ketika majlis perasmian Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor (SCEE25) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 23 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Sebagai contoh, seni dan budaya bukan sekadar hasil kraftangan tetapi turut merangkumi pekerjaan seperti mak andam dan pelukis. Manakala seni dan warisan boleh dikembangkan menerusi muzium serta bangunan bersejarah.

“Kita akan memeta (‘mapping’) mengikut keunikan kawasan. Contohnya di Sabak Bernam ada industri kraftangan, selain budaya kopi (coffee culture) di beberapa lokasi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan dalam sesi libat urus sempena Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) di Pusat Konvensyen MBSA, di sini hari ini.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melakukan gimik perasmian Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 23 September 2025. Turut bersama, EXCO Belia & Keusahawanan Mohd Najwan Halimi. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Majlis itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Menurut Najwan, pembangunan sektor ekonomi kreatif memerlukan kerjasama menyeluruh termasuk syarikat swasta bagi memperkukuh ekosistem industri.

“Di United Kingdom, komuniti ekonomi kreatif berkembang pesat melalui kerjasama korporat tanpa bergantung pada kerajaan.

“Di Selangor, kita akan bimbing industri terlebih dahulu, kemudian perlahan-lahan memberi ruang mereka berdikari,” katanya.

SCEE25 anjuran bersama Selangor Youth Community (SAY) diadakan selama dua hari sehingga esok mengumpulkan semua pemain ekonomi sekali gus menandakan permulaan era baharu pertumbuhan industri kreatif di Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat pameran sebelum majlis perasmian Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 23 September 2025. Turut bersama, EXCO Belia & Keusahawanan Mohd Najwan Halimi. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.