Tang Jie-Ee Wei naib juara Masters China

21 Sep 2025, 6:38 AM
Tang Jie-Ee Wei naib juara Masters China

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal meraih gelaran Masters China 2025 selepas tewas kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada perlawanan akhir hari ini.

Pada perlawanan di Shenzhen Arena, beregu campuran utama negara tewas 8-21, 17-21 dalam tempoh hanya 35 minit.

Ia merupakan kekalahan ketiga Tang Jie-Ee Wei dalam empat pertemuan menentang pasangan Thailand itu dan juga penampilan pertama mereka di final kejohanan Super 750, dengan pencapaian naib juara di Shenzhen.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.