ad

Pesta Pantai Bagan Lalang meriah, pengunjung teruja dekati budaya dan tradisi

20 Sep 2025, 11:43 AM
Pesta Pantai Bagan Lalang meriah, pengunjung teruja dekati budaya dan tradisi
Pesta Pantai Bagan Lalang meriah, pengunjung teruja dekati budaya dan tradisi
Pesta Pantai Bagan Lalang meriah, pengunjung teruja dekati budaya dan tradisi
Pesta Pantai Bagan Lalang meriah, pengunjung teruja dekati budaya dan tradisi

SEPANG, 20 SEPT: Pesta Pantai Bagan Lalang kembali mencuri tumpuan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, persembahan seni, permainan tradisional serta jualan produk tempatan yang bukan sahaja menghiburkan, malah memperkenalkan warisan negeri kepada pengunjung.

Penduduk tempatan, Ahmad Sufi Mohd Amran Arif, 23, berkata acara itu memberi peluang mengetengahkan tarikan kampung selain membantu peniaga meningkatkan pendapatan.

Ahmad Sufi Bin Mohd Amran Arif, 23,

“Bila buat acara macam ini, kita dapat perkenalkan kampung, ikan bakar, makanan laut yang popular di sini. Ia juga membantu penjaja tempatan tingkatkan ekonomi. Macam saya sendiri, saya pertama kali tengok acara push bike ini,” katanya.

Sufi turut mencadangkan aktiviti dipelbagaikan mengikut peringkat umur termasuk acara sukan rakyat seperti sepak takraw agar lebih ramai pengunjung luar turut serta pada masa depan.

Bagi pegawai kerajaan dari Melaka, Mohamad Mohsein Kamarulzaman, 40, pesta berkenaan menjadi platform terbaik untuk keluarganya menikmati percutian sambil mempelajari budaya tempatan.

Mohamad Mohsein Kamarulzaman, 40,

“Hari ini saya bawa anak menyertai silat pantai buat pertama kali. Penganjuran sebegini bagus kerana keluarga boleh datang bersama, sementara anak-anak pula berpeluang bergaul dan mencari kawan baharu,” katanya.

Sementara itu, Mastura Mokhtar, 43, dari Kampung Sijangkang, Kuala Lamgat menganggap pertandingan wau tegak antara acara paling menarik setiap kali hadir ke pesta tersebut.

Mastura Mokhtar, 43,

“Pertandingan wau ini bagus untuk orang luar tahu macam mana permainan tradisi kita. Kalau boleh selepas ini tambah lagi acara sukan tradisional seperti congkak dan batu seremban sebab sekarang sambutannya agak kurang,” katanya.

Wakil Persatuan Silambam Daerah Sepang, Then Cheran, 29, pula berbangga kerana berpeluang memperkenalkan seni pertahanan diri masyarakat India kepada khalayak.

Then Cheran, 29,

“Peluang ini amat membantu untuk kami sebarkan tradisi kami. Malah ada beberapa pengunjung Melayu dan Cina datang bertanya tentang kelas kami. Inilah kelebihan bila pelbagai kaum berkumpul di acara macam ni,” jelasnya.

Beliau turut berharap penganjuran akan datang dapat menampilkan lebih ramai penjaja India dan Cina serta mengetengahkan makanan tradisi kaum tersebut seperti muruku, vadey dan panipuri.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat aksi pertarungan Hero Silat Kid selepas merasmikan Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang pada 20 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pesta Pantai Bagan Lalang yang dianjurkan dwitahunan kini memasuki edisi keenam sejak diperkenalkan sebagai inisiatif memperkenalkan budaya, produk tempatan dan keunikan komuniti pesisir kepada orang ramai.

Edisi kali ini dimeriahkan dengan pertandingan wau tegak, silat pantai, persembahan seni pertahanan diri Silambam, silat, taekwondo, sukan rakyat serta jualan makanan laut segar dan produk komuniti.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melepaskan peserta push bike selepas merasmikan Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang pada 20 September 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.