ad

Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak himpun 15 etnik

20 Sep 2025, 9:01 AM
Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak himpun 15 etnik
Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak himpun 15 etnik
Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak himpun 15 etnik
Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak himpun 15 etnik
Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak himpun 15 etnik

GOMBAK, 20 SEPT: Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor yang julung kali diadakan di daerah Gombak menghimpunkan 15 kumpulan yang mewakili etnik dan suku kaum dari seluruh negeri.

Penganjuran temasya dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor bertujuan memulihara, memelihara dan menyemarakkan warisan kepelbagaian etnik serta kaum.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Padang Awam Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini hari ini, program mengetengahkan konsep “Pemimpin Bersama Etnik dan Kaum Di Negeri Selangor”.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berswafoto bersama hadirin di Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor 2025 di Padang Awam Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves Selangor pada 20 September 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Program tiga hari bermula Jumaat lepas menyediakan aktiviti seperti kenduri rakyat dengan konsep talam, rewang, pertandingan memasak, persembahan gamelan, angklung, kompang dan nyanyian oleh Noraniza Idris.

Para pengunjung turut disajikan dengan program menarik lain iaitu pertandingan sukan rakyat seperti tarik tali, gasing, sepak raga, karom, gasing selain pameran oleh jabatan kerajaan dan konsert pesta muda mudi, Wak Jeng.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama penerima cek cura di Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor 2025 di Padang Awam Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves Selangor pada 20 September 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Pada majlis sama, Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada setiap persatuan etnik yang terpilih di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai tanda sokongan kepada aktiviti seni budaya.

Pengunjung, Fazlianah Sarti, 47, berkata beliau hadir bagi memeriahkan majlis selain mempelajari budaya dan kehidupan etnik yang terdapat Malaysia khususnya Selangor.

“Program sangat bagus kerana memperkukuh tali persaudaraan dalam kalangan pelbagai kaum, menonjol identiti kebudayaan, makanan dan sukan yang ada di Selangor,” katanya yang datang dari Hulu Selangor.

Fazlinah Sarti (kanan) Norlaili Miskon (kiri)

Bagi Norlaili Miskon, 60, pula berharap program dapat diadakan dengan lebih kerap dengan diperluaskan hingga ke daerah Tanjong Karang.

“Temasya ini menyeronokkan kerana saya dapat berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat menganjurkan lebih kerap di masa akan datang,” katanya yang hadir berbusana jawa Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.