ad

MB: MIHAS 2025 buka peluang Selangor teroka industri halal

19 Sep 2025, 7:10 AM
MB: MIHAS 2025 buka peluang Selangor teroka industri halal
MB: MIHAS 2025 buka peluang Selangor teroka industri halal
MB: MIHAS 2025 buka peluang Selangor teroka industri halal
MB: MIHAS 2025 buka peluang Selangor teroka industri halal

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 menyedia potensi besar kepada Selangor untuk meneroka industri halal sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pameran tahunan itu turut membantu agensi dan usahawan negeri mempromosikan produk serta meneroka pasaran luar yang lebih besar.

“Ada potensi yang sangat besar, yang masih belum diteroka sepenuhnya. Ini antara tugas yang boleh kita tumpukan dalam industri halal.

“MIHAS memang acara tahunan yang kita sertai. Malah kita pun ada pameran sendiri. Insya-Allah ia akan dijadikan sebagai platform terbaik untuk industri halal berkembang,” katanya kepada Media Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai pameran ketika Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025. Turut sama EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Amirudin diiringi EXCO Pembangunan Industri Halal Dr Fahmi Ngah, meluangkan masa melawat Pavilion Selangor di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, hari ini.

Amirudin yang pertama kali berpeluang mengunjungi MIHAS turut berpuas hati melihat reruai yang dikelola Halal International Selangor (HIS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), serta beberapa agensi negeri lain.

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau menyifatkan pameran tersebut berjaya menonjolkan kekuatan produk tempatan serta pembangunan industri halal negeri yang semakin berkembang.

“Ia satu pameran menyeluruh yang menunjukkan kekuatan kita. Bukan hanya jaminan terhadap pengeluaran makanan halal dalam negeri tetapi juga bagaimana untuk pastikan bekalan kita,” katanya.

MIHAS 2025 yang berlangsung 17 September sehingga esok dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan selain menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.