ad

Daging Salai Pelek jadi snek moden, Tawakkal Food teroka pasaran global di MIHAS

19 Sep 2025, 3:00 AM
Daging Salai Pelek jadi snek moden, Tawakkal Food teroka pasaran global di MIHAS
Daging Salai Pelek jadi snek moden, Tawakkal Food teroka pasaran global di MIHAS
Daging Salai Pelek jadi snek moden, Tawakkal Food teroka pasaran global di MIHAS
Daging Salai Pelek jadi snek moden, Tawakkal Food teroka pasaran global di MIHAS

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Daging Salai Pelek kini bukan sekadar hidangan tradisional, sebaliknya tampil sebagai snek moden yang dibawa ke pentas global oleh Tawakkal Food Sdn Bhd.

Syarikat anak tempatan itu menjadikan penyertaan kali ketiga di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 sebagai peluang strategik menembusi pasaran halal antarabangsa.

Dutanya, Karl Shafek, 45, berkata MIHAS memberi ruang terbaik untuk mengangkat produk tempatan ke mata dunia.

Karl Shafek, 45, menunjukkan produk daging salai keluaran Tawakkal Foods di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 18 September 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

"Bila kita berada di bawah payung MIHAS dan Selangor, sudah tentu lebih banyak jaringan perniagaan yang boleh kembangkan produk ke pasaran luar," katanya ketika ditemui di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam.

Karl menjelaskan bahawa inovasi produk tahun ini menjadi tarikan utama Tawakkal Food.

"Untuk inovasi kali ini, kami perkenalkan produk dengan jangka hayat lebih lama, pembungkusan lebih praktikal, dan hadir dalam bentuk snek yang mudah dinikmati di mana-mana," katanya.

Tawakkal Foods Sdn Bhd mempamerkan pelbagai produk makanan halal keluaran mereka di Pameran Halal Antarabangsa malaysia (MIHAS) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Beliau menambah, MIHAS juga menjadi platform memperkukuh jaringan dengan usahawan halal lain, termasuk syarikat baharu dan pasar raya antarabangsa.

"Kami terbuka kepada kolaborasi, bukan hanya dalam pengeluaran tetapi juga pemasaran dan strategi digital supaya jenama terus agresif," katanya.

Karl menegaskan bahawa matlamat utama penyertaan ini adalah memastikan produk Tawakkal Food dikenali bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

"Hasrat kami mudah, produk ini bukan sekadar dikenali dan memperluas jaringan pemasaran serta kerjasama, tetapi diterima baik oleh masyarakat global," katanya lagi.

Gerai Tawakkal Foods Sdn Bhd mempamerkan pelbagai produk makanan halal keluaran mereka di Pameran Halal Antarabangsa malaysia (MIHAS) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia Kuala Lumpur pada 18 September 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.