ad

DUN Sungai Air Tawar rancang pusat batik, songket, perkasa wanita desa

17 Sep 2025, 12:00 AM
DUN Sungai Air Tawar rancang pusat batik, songket, perkasa wanita desa
DUN Sungai Air Tawar rancang pusat batik, songket, perkasa wanita desa
DUN Sungai Air Tawar rancang pusat batik, songket, perkasa wanita desa
DUN Sungai Air Tawar rancang pusat batik, songket, perkasa wanita desa
DUN Sungai Air Tawar rancang pusat batik, songket, perkasa wanita desa

SABAK BERNAM, 17 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar giat memperkasa penglibatan wanita desa dalam pasaran kerja, termasuk cadangan mewujudkan pusat batik dan songket bagi memberdaya golongan itu.

Wakil rakyatnya Datuk Rizam Ismail berkata selain itu usaha turut dilakukan bagi memperkukuh pemasaran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti kraftangan wanita desa agar mampu menembusi pasaran lebih luas.

Rizam yang juga EXCO Kemajuan Desa berkata wanita adalah tulang belakang organisasi keluarga dan penggerak perpaduan, justeru peluang mereka bukan saja terbuka menerusi penganjuran pelbagai program tetapi pemerkasaan ekonomi menerusinya.

EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail ditemui media ketika Program Karnival Wanita Desa Kampung Tradisi Rumpun Selangor 2025 di Dataran Tanah Lesen Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 16 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Sebab itu saya minta Penggerak Wanita Berdaya DUN Sungai Air Tawar ntuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada kaum wanita khususnya ibu tunggal di sekitar daerah Sabak Bernam dan antara perancangan kita wujudkan pusat untuk buat batik dan songket di DUN ini.

“Dalam masa sama juga, kita mengenal pasti produk wanita seperti IKS, kraftangan dan sebagainya yang boleh kita bantu daripada sudut pemasaran supaya hasil mereka ini dapat dipasarkan,” katanya.

Beliau ditemui selepas Karnival Wanita Desa Kampung Tradisi Rumpun Selangor 2025 di Dataran Tanah Lesen Sungai Air Tawar di sini semalam.

Kanak-kanak memperagakan baju Merdeka dalam Program Karnival Wanita Desa Kampung Tradisi Rumpun Selangor 2025 di Dataran Tanah Lesen Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 16 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Terdahulu, sempena karnival itu, Selangor menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan bayi teramai dalam Program Puputan (cukur jambul) Perdana.

Program dinamakan Puputan Perdana dan Dendang Fatimah itu disertai 100 bayi. Selain itu, turut diadakan acara mencanting Batik Terpanjang Selangor berukuran 40 meter yang bercorak bunga tanjung pecah sembilan yang merupakan bunga rasmi negeri ini.

Batik terpanjang Selangor berukuran 40 meter ketika Program Karnival Wanita Desa Kampung Tradisi Rumpun Selangor 2025 di Dataran Tanah Lesen Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada 16 September 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.