ad

Hadiah Sastera Selangor diteruskan, tampil karya segar seiring zaman

12 Sep 2025, 12:12 AM
Hadiah Sastera Selangor diteruskan, tampil karya segar seiring zaman
Hadiah Sastera Selangor diteruskan, tampil karya segar seiring zaman
Hadiah Sastera Selangor diteruskan, tampil karya segar seiring zaman
Hadiah Sastera Selangor diteruskan, tampil karya segar seiring zaman

KLANG, 12 SEPT: Hadiah Sastera Selangor (HSS) diteruskan dari semasa ke semasa dengan menampilkan karya segar dan pelbagai yang mampu menyuntik jiwa generasi masa kini dan akan datang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata anugerah itu menjadi medium penting bagi mengangkat karya penulis tanah air serta memberi pengisian rohani dalam membentuk masyarakat.

Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wydham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Alhamdulillah, HSS memasuki tahun ke-10 penganjuran dan menariknya sebahagian karya turut disumbangkan oleh mereka yang sangat dikenali.

“Saya percaya anugerah ini akan kita teruskan dari semasa ke semasa dan kita memerlukan pengisian jiwa terhadap generasi hari ini dan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis HSS 2025 di Hotel Wyndham Acmar, di sini malam tadi.

Dato Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree bergambar bersama pemenang ketika majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wydham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pada majlis berprestij itu, sembilan penulis karya kreatif tanah air diumum sebagai pemenang utama kategori cerpen, puisi dan esei yang membawa pulang wang tunai RM6,000.

Selain itu, seramai 27 penulis lain turut menerima RM1,500 sebagai penghargaan, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM94,500.

Pengerusi Lembaga Penasihat Media Selangor, Tan Sri Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree bergambar bersama pemenang ketika majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wydham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

HSS yang diperkenal Amirudin ketika beliau menyandang jawatan EXCO Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Keusahawanan pada 2015 diterbitkan melalui akhbar mingguan serta portal Selangorkini, lidah rasmi Kerajaan Negeri.

Karya para pemenang kemudiannya dihimpunkan dalam antologi Si Pena setiap tahun dan dilancarkan pada majlis anugerah tahun berikutnya.

Dato Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree menyampaikan cek cura kepada pemenang ketika majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wydham Acmar, Klang pada 11 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.