ad

Selangor dicadang tubuh makmal pembangunan belia, kaji polisi lebih inklusif

11 Sep 2025, 9:30 AM
Selangor dicadang tubuh makmal pembangunan belia, kaji polisi lebih inklusif

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Selangor dicadang menubuhkan makmal pembangunan belia untuk mengkaji polisi anak muda yang lebih inklusif.

Ahli Dewan Negara Senator Dr Jufitri Joha berkata dengan adanya makmal tersebut, program pembangunan untuk anak muda dapat diaspirasikan sendiri mereka.

"Saya cadangkan wujud makmal pembangunan belia dengan mengumpulkan anak-anak muda yang mewakili kelompok tertentu yang boleh menyuarakan pandangan golongan tersebut.

"Contohnya pada 2009, kita ada makmal transformasi pembangunan belia yang mana mereka berkumpul sebulan dan mencadangkan program-program bersesuaian.

"Selain itu, perlu ada kerangka pembangunan anak muda yang laksana kajian senario terkini golongan tersebut supaya diterjemah dengan pelan tindakan khas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan berhubung pendidikan dan pemberdayaan generasi muda sempena Libat Urus Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Sime Darby, hari ini.

Terdahulu, antara agensi yang hadir ke sesi berkenaan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Universiti Selangor (Unisel), Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.