ad

Operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru kecoh, ketua polis daerah cedera

11 Sep 2025, 4:28 AM
Operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru kecoh, ketua polis daerah cedera

SHAH ALAM, 11 SEPT: Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman mengalami kecederaan ketika operasi pengosongan beberapa kediaman penduduk di Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur, yang enggan berpindah.

Suzilme dilihat mengalami luka berdarah pada bahagian muka.

Kekecohan berlaku selepas beberapa penduduk cuba merempuh masuk ke kawasan operasi, lapor Malaysiakini.

Operasi berkenaan yang turut melibatkan pemotongan bekalan elektrik, bermula awal pagi ini diketuai oleh bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.