ad

Bas mini jadi pilihan PBT, lebih mudah dan jimat kos

10 Sep 2025, 12:01 PM
Bas mini jadi pilihan PBT, lebih mudah dan jimat kos
Bas mini jadi pilihan PBT, lebih mudah dan jimat kos
Bas mini jadi pilihan PBT, lebih mudah dan jimat kos
Bas mini jadi pilihan PBT, lebih mudah dan jimat kos

SHAH ALAM, 10 SEPT: Bagi memudahkan laluan di jalan sempit, meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta menjimatkan kos operasi, beberapa pihak berkuasa tempatan(PBT) kini beralih menggunakan mini bas.

Bas bersaiz kompak, kenderaan ini sesuai digunakan di kawasan perumahan yang padat penduduk atau jalan yang sempit di seluruh Selangor.

Langkah tersebut dilihat sebagai sebahagian usaha Kerajaan Negeri memperkukuh rangkaian pengangkutan awam, sekali gus memenuhi keperluan mobiliti harian penduduk.

Sebagai contoh, selepas menukar kontraktor pada Mei lalu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menukar lima laluan Smart Selangor Bus (SJ01 hingga SJ05) kepada pengoperasian menggunakan bas mini berkapasiti 20 tempat duduk.

Selain itu, sebahagian PBT turut menggantikan bas 40 tempat duduk kepada bas bersaiz 26 atau 28 tempat duduk.

Hasil tinjauan Media Selangor mendapati terdapat PBT yang sudah melaksanakan penggunaan bas mini, ada yang masih di peringkat permohonan, manakala sebahagian lagi merancang untuk membuat pelarasan menjelang tahun depan.

Ahli majlis yang ditemui memaklumkan, bagi laluan yang mempunyai jumlah penumpang rendah atau perlu melalui jalan sempit, penggunaan bas kecil lebih sesuai dan berkesan.

“Beberapa laluan yang sebelum ini jumlah penumpangnya tidak ramai, kini selepas ditukar kepada bas kecil, kita turut menyesuaikan laluan tersebut dengan menambah kawasan perumahan baharu.

Perkhidmatan ini memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk dan menerima maklum balas yang amat positif,” jelas mereka.

ADN Seri Kembangan Wong Siew Ki mencuba perkhidmatan bas mini Selangor di sekitar Taman Bukit Serdang pada 29 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Ahli Majlis Tey Boon Kiat berkata kelima-lima laluan (SJ01 hingga SJ05) kini menggunakan bas mini sepenuhnya, dengan SJ05 dibekalkan dua bas manakala empat laluan lain masing-masing tiga bas.

Beliau menjelaskan, banyak laluan bas Smart Selangor perlu melalui jalan sempit, sebagai contoh, di Kampung Baru Seri Kembangan.

"Kedua-dua sisi jalan dipenuhi kenderaan yang diparkir, menyukarkan bas besar untuk melalui laluan tersebut dan menyebabkan kesesakan serta kelewatan.

“Selepas beralih kepada bas mini, perjalanan lebih lancar. Setakat yang saya tahu, pada masa akan datang turut akan diperkenalkan bas elektrik,” katanya.

Beliau menambah, MBSJ juga merancang menyepadukan maklumat operasi bas ke dalam aplikasi mudah alih, agar pengguna dapat memantau perjalanan secara masa nyata.

“Pada masa ini, penumpang perlu memuat turun aplikasi CEPAT dan mengimbas kod QR ketika menaiki bas.

"Warganegara Malaysia boleh menaiki secara percuma, manakala warga asing dikenakan bayaran,” katanya.

Pemandu bas awam mini Selangor ketika tinjauan di sekitar Taman Bukit Serdang pada 29 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Ahli Majlis Wong Ah Chia, berkata terdapat tiga laluan bas Smart Selangor dan hanya laluan Sungai Panjang telah ditukar kepada bas mini 28 tempat duduk yang berjaya meningkatkan jumlah penumpang.

“Kita tidak mahu melihat bas kosong beroperasi. Dengan menggunakan bas lebih kecil, ia bukan sahaja lebih mudah melalui jalan taman yang sempit.

"Tetapi juga membolehkan kita menambah hentian baharu untuk memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk,” jelasnya.

Beliau berkata, laluan Sekinchan dan Sabak masih menggunakan bas besar – masing-masing menghubungkan Sekinchan ke Sungai Besar serta Sabak Bernam ke Sungai Air Tawar – dengan majoriti penumpang terdiri daripada penduduk tempatan, manakala pelancong agak kurang.

“Sesetengah penduduk juga memohon agar bas Smart Selangor masuk ke kawasan mereka, tetapi memandangkan jalan taman lama terlalu sempit, ia sukar dilaksanakan.

"Alternatif yang sedang dipertimbangkan ialah penggunaan perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT),” katanya.

ADN Seri Kembangan Wong Siew Ki bersama Ahli Majlis MBSJ Zon 22, Tey Boon Kiat mencuba perkhidmatan bas mini Selangor di sekitar Taman Bukit Serdang pada 29 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Ahli Majlis Law Suet Peng, berkata sejak 1 Februari lalu, MPHS telah menukar laluan HS02, HS03A dan HS03B kepada bas mini berkapasiti 26 tempat duduk bagi menjimatkan kos operasi dan menyesuaikan dengan jumlah penumpang yang rendah.

“Manakala laluan HS01 dan HS04 masih mengekalkan bas besar 40 tempat duduk,” katanya.

Menurutnya, walaupun reaksi pengguna terhadap bas mini secara umumnya positif, ada kalanya bas gagal tiba tepat pada masa akibat kesesakan lalu lintas.

ADN Seri Kembangan Wong Siew Ki menunjukkan aplikasi CEPAT ketika menaiki bas mini Selangor di sekitar Taman Bukit Serdang pada 29 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Di kawasan MBPJ, terdapat lima laluan bas Smart Selangor, sekitar 20 bas beroperasi.

Ahli Majlis Ong Yew Thai, berkata beberapa laluan mencatatkan jumlah penumpang yang baik, terutamanya berhampiran sekolah.

“Namun, disebabkan beberapa laluan sempit dan sukar untuk bas besar membelok, pihak majlis sedang menimbangkan untuk memperkenalkan bas mini pada laluan tertentu bermula tahun depan bagi meningkatkan kelancaran perjalanan,” katanya.

Beliau menambah, walaupun bas percuma ini amat digemari, sebahagian penumpang berharap penjadualan dan kekerapan perjalanan dapat ditambah baik pada masa akan datang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.