ad

Jun Hao tewaskan Zii Jia, mara pusingan dua Terbuka Hong Kong

10 Sep 2025, 4:07 AM
Jun Hao tewaskan Zii Jia, mara pusingan dua Terbuka Hong Kong
Jun Hao tewaskan Zii Jia, mara pusingan dua Terbuka Hong Kong

KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akhirnya berjaya mengatasi rakan senegara Lee Zii Jia sekali gus mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Hong Kong 2025 hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, pemain nombor 23 dunia itu mencatat kemenangan sulung ke atas Zii Jia dengan keputusan 21-16, 21-16, sekali gus menamatkan rekod tiga kekalahan dalam pertemuan sebelum ini termasuk di Terbuka Artik 2023.

Zii Jia yang berada di ranking ke-47 dunia bermula agresif pada set pertama menerusi beberapa pukulan smash bertenaga namun banyak hantaran beliau tersasar keluar gelanggang justeru memberikan kelebihan buat Jun Hao mengesahkan kemenangan 21-16.

Jun Hao terus mengekalkan momentum pada set kedua walaupun diasak hebat oleh Zii Jia.

Bagaimanapun, usaha Zii Jia untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tidak berhasil apabila Jun Hao kekal tenang bagi meraih kemenangan straight set.

Menanti Jun Hao pada pusingan kedua ialah pemenang perlawanan antara satu lagi wakil negara Justin Hoh dengan pilihan kelapan kejohanan dari Perancis, Toma Junior Popov.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.