ad

Run For Peace satukan generasi, promosi keamanan

7 Sep 2025, 12:00 PM
Run For Peace satukan generasi, promosi keamanan
Run For Peace satukan generasi, promosi keamanan
Run For Peace satukan generasi, promosi keamanan

KLANG, 7 SEPT: Acara Run For Peace anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia merupakan antara platform mempromosikan keamanan serta menyatupadukan generasi berbilang kaum.

Peserta Noriah Ismail, 58, berkata selain menyihatkan kesihatan tubuh badan, acara larian itu turut mengeratkan hubungan sesama masyarakat pelbagai kaum.

Noriah Ismail, 58

"Sesuai dengan namanya Run For Peace, iaitu larian keamanan untuk komuniti tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Acara ini dapat merapatkan ukhwah supaya perbezaan tidak lagi dilihat sebagai isu dalam masayarakat.

“Selain itu, kadar obesiti di Malaysia juga tinggi. Justeru, acara seperti ini wajar diadakan lebih kerap bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi peserta, Alden Gee, 24, yang hadir bersama keluarga, mengakui teruja kerana sering menyertai larian tersebut setiap kali dianjurkan dua tahun sekali.

Alden Gee, 24

"Sebelum ini suka masuk sebab nak kumpul warna baju yang pelbagai dan tahun ini biru iaitu mempromosi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang jarang kita dengar tetapi saya cukup teruja.

"Bagus acara seumpama ini diadakan dapat memupuk keamanan memandangkan sekarang sana sini banyak berlaku peperangan, protes dan pergaduhan. Larian ini penuh bermakna bagi kita bersatu," katanya.

Sementara itu, Jean Han, 16, yang pertama kali menyertai acara meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menyertai aktiviti yang sudah lama diidamkan.

Jean Han, 16

"Sudah lama nak sertai, tahun ini berpeluang berlari bersama keluarga dan komuniti lain. Ini merupakan aktiviti sihat dan terbaik untuk luang masa dengan keluarga," katanya.

Run For Peace kali ini berlangsung serentak di seluruh negara dengan penyertaan lebih 70,000 peserta pelbagai kaum dan agama sempena ulang tahun ke-20 Persatuan Soka Gakkai Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.