ad

Karnival Bendang Selangor angkat warisan pesawah, rancak ekonomi desa

7 Sep 2025, 1:01 AM
Karnival Bendang Selangor angkat warisan pesawah, rancak ekonomi desa
Karnival Bendang Selangor angkat warisan pesawah, rancak ekonomi desa
Karnival Bendang Selangor angkat warisan pesawah, rancak ekonomi desa
Karnival Bendang Selangor angkat warisan pesawah, rancak ekonomi desa

SABAK BERNAM, 7 SEPT: Mengangkat semangat perpaduan dan kekeluargaan sebagai teras, Karnival Bendang Selangor 2025 menghimpunkan komuniti tempatan dalam acara yang meraikan warisan pesawah serta merancakkan ekonomi desa.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata penganjuran karnival ini memberi ruang besar kepada rakyat untuk kembali menghargai nilai budaya dan warisan khususnya berkaitan dengan aktiviti bendang yang menjadi identiti masyarakat Sabak Bernam.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Bendang Selangor 2025 di Semarak Padi Homestay, Parit 2 Timur Sungai Besar, Sabak Bernam pada 6 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Karnival ini adalah platform terbaik untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat. Ia memperkukuh semangat kekeluargaan dalam suasana santai tetapi penuh makna.

“Penanaman padi bukan sekadar sumber pendapatan, ia mencerminkan budaya hidup masyarakat di sini. Kita mahu penduduk terus mempertahankan tanah warisan, jangan biarkan ia tergadai atas nama pembangunan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Bendang Selangor di Semarak Padi Homestay, di sini, malam tadi.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim (dua, kanan) menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Bendang Selangor 2025 di Semarak Padi Homestay, Parit 2 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam pada 6 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Izham turut menegaskan pembangunan pesat yang berlaku di Sabak Bernam wajar dimanfaatkan untuk merancakkan ekonomi tempatan, namun masyarakat tidak boleh leka sehingga mengabaikan tradisi turun-temurun.

Menurutnya lagi, karnival tersebut akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Selangor, sekali gus berpotensi menarik pelancong domestik dan antarabangsa untuk merasai keunikan gaya hidup bendang.

Antara aktiviti yang mewarnai Karnival Bendang Selangor 2025 di Semarak Padi Homestay, Parit 2 Timur Sungai Besar, Sabak Bernam pada 6 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.