ad

MPSepang menang Anugerah Bandar Pintar Asia di Shanghai

6 Sep 2025, 8:27 AM
MPSepang menang Anugerah Bandar Pintar Asia di Shanghai
MPSepang menang Anugerah Bandar Pintar Asia di Shanghai
MPSepang menang Anugerah Bandar Pintar Asia di Shanghai

SHAH ALAM, 6 SEPT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi Anugerah Bandar Pintar Asia (Best Project Awards) di Tomorrow City Shanghai (TCS) 2025.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi kenyataan berkata, anugerah itu diterima oleh Yang Dipertua MPSepang, Dr Ani Ahmad menerusi projek ‘Rooftop Solar Development for Self Consumption’.

Lebih membanggakan, MPSepang merupakan satu-satunya PBT dari Malaysia yang dipilih menerima anugerah pada program berkenaan.

Justeru, MPSepang berharap dapat memperkukuh usaha Malaysia memacu pembangunan bandar pintar dan inklusif menuju Smart Nation 2040.

"MPSepang berharap dengan penyertaan ini dapat bersama-sama di peringkat Negara (Malaysia) melangkah ke hadapan untuk memacu pembangunan bandar yang lebih pintar dan inklusif menuju Smart Nation 2040," katanya.

TCS 2025 yang berlangsung pada 1 hingga 4 September di Zhangjiang Science Hall, Shanghai dianjurkan Fira International de Barcelona, Smart City Expo World Congress (SCEWC) serta Pentadbiran Bandaraya Shanghai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.