ad

Banjir Hulu Langat: 15 mangsa di PPS SK Sungai Serai

5 Sep 2025, 3:23 AM
Banjir Hulu Langat: 15 mangsa di PPS SK Sungai Serai

SHAH ALAM, 5 SEPT: Seramai 15 mangsa daripada lima keluarga berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai setakat 10.30 pagi tadi.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor memaklumkan mereka dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda banjir semalam dan keadaan di PPS terkawal dengan pemantauan pasukan keselamatan dan agensi berkaitan.

Antara terlibat ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.

Balai Polis Batu 18, Hulu Langat dinaiki air selepas hujan lebat pada 4 September 2025, Foto BERNAMA

Bagi menjaga kebajikan mangsa, PKD Hulu Langat turut menjalankan saringan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin sepanjang berada di pusat pemindahan.

Penduduk terjejas juga dinasihatkan segera berpindah ke PPS berhampiran sekiranya paras air meningkat bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Paparan maklumat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Serai setakat 10.30 pagi, 5 September 2025. Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor

Semalam, tinjauan di media sosial mendapati beberapa rumah berhampiran sungai di Hulu Langat dinaiki air lumpur sehingga paras lutut selepas hujan lebat, dengan penduduk bersiap sedia memindahkan barangan berharga.

Sementara itu, satu video tular di media sosial menunjukkan bunyi siren kecemasan yang menandakan paras air sungai sudah melepasi tahap bahaya, sekali gus memberi amaran kepada penduduk agar lebih berwaspada.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.