ad

Pelan pengurusan bersepadu tiga lembangan sungai disemak semula

4 Sep 2025, 7:26 AM
Pelan pengurusan bersepadu tiga lembangan sungai disemak semula
Pelan pengurusan bersepadu tiga lembangan sungai disemak semula
Pelan pengurusan bersepadu tiga lembangan sungai disemak semula

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pelan pengurusan bersepadu tiga lembangan sungai Selangor disemak semula bagi memastikan pengurusan kualiti dan kuantiti air terpelihara, seiring agenda pembangunan ekonomi.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata semakan kali pertama yang dilaksana pada 2022 melibatkan Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang.

“Selangor merupakan negeri maju dan pembangunannya pesat… jadi lembangan sedia ada kadang-kadang menjadi sub lembangan kerana besar seperti di Sungai Buloh dan Sungai Damansara.

“Oleh itu, perlu ada semakan terkini untuk melihat kesannya sama ada berkaitan faktor perubahan iklim atau urbanisasi supaya tidak beri kesan pada kualiti dan kuantiti sumber air,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan bengkel semakan semula pelan pengurusan bersepadu lembangan yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Dr Mohmad Asari Daud.

Peserta yang hadir Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Bersepadu di Double Tree By Hilton, Shah Alam pada 4 September 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Pelan pengurusan bersepadu lembangan menjadi rujukan semua pihak berkepentingan dan agensi berkaitan selaras dengan peruntukkan Seksyen 46 (a), Enakmen LUAS 1999.

Dibangunkan Kerajaan Negeri menerusi LUAS, pelan itu menjadi panduan dan rujukan penting dalam perancangan dan pengurusan sumber air dan lembangan sungai yang mampan di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.