ad

Kebebasan bersuara bukan bererti boleh fitnah, sebar berita palsu - Zunar

4 Sep 2025, 1:00 PM
Kebebasan bersuara bukan bererti boleh fitnah, sebar berita palsu - Zunar
Kebebasan bersuara bukan bererti boleh fitnah, sebar berita palsu - Zunar
Kebebasan bersuara bukan bererti boleh fitnah, sebar berita palsu - Zunar

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kebebasan bersuara yang dinikmati bukan bermaksud masyarakat bebas memfitnah atau menyebarkan berita palsu, kata kartunis politik terkenal, Zunar.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque, berkata kerajaan Madani telah membuka ruang bersuara lebih besar berbanding pentadbiran sebelum ini dan ia harus dihargai dengan baik.

“Kalau dulu sebelum ini, setiap kritikan akan dijawab dengan tangkapan dan tindakan mahkamah. Kerajaan Madani sudah ada perubahan dan orang bebas mengkritik.

“Tetapi mengkritik harus dengan adab. Kebebasan bersuara tidak semestinya bebas memfitnah atau membawa berita palsu, itu tetap ada tindakan kerana membuat suasana tidak tenteram,” katanya kepada Media Selangor.

Zunar menjelaskan, tindakannnya mengkritik kerajaan terdahulu menerusi karyanya adalah bertujuan menyelamatkan negara daripada isu rasuah yang dipercayai berlaku sejak sekian lama.

Menurutnya, kerajaan hari ini sekurang-sekurangnya mula menunjukkan usaha membanteras rasuah bagi membangunkan semula negara bangsa.

“Kartunis juga rakyat Malaysia yang harus bersama-sama membangun negara. Ketika saya mengkritik perlakuan rasuah itu juga adalah demi negara,” katanya.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan perkataan 'offensive' (jelik) dan 'annoys' (menyakitkan hati) dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 sebagai tidak berperlembagaan.

Kes tersebut difailkan aktivis, Heidy Quah Gaik Li pada September 2021 berpunca daripada hantaran media sosialnya yang mengkritik layanan terhadap pelarian di pusat tahanan imigresen.

Seksyen 233(1)(a), sebelum pindaan pada hujung tahun lalu memperuntukkan, adalah kesalahan bagi seseorang untuk membuat, mencipta atau meminta, dan memulakan penghantaran komen dalam talian yang bersifat 'lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menghina' dengan 'niat untuk menjengkelkan, menyalahguna, mengugut atau mengganggu orang lain'.

Mengikut seksyen yang telah dipinda dan berkuat kuasa Februari 2025, perkataan 'offensive' telah digantikan dengan 'grossly offensive' (jelik melampau).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.