SHAH ALAM, 29 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.
Cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Perlis, Perak, Pulau Pinang, Labuan selain di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.