ad

Penjawat awam rugi RM120,000 terpedaya pelaburan forex tidak wujud

29 Ogos 2025, 7:01 AM
Penjawat awam rugi RM120,000 terpedaya pelaburan forex tidak wujud

KUALA TERENGGANU, 29 OGOS: Seorang penjawat awam kerugian RM120,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang asing atau forex tidak wujud, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 46 tahun itu diperdayakan seorang wanita yang dikenali menerusi laman sosial pada 15 Julai.

“Wanita itu memujuk mangsa menyertai pelaburan forex dengan mendaftar di sebuah platform.

“Mangsa telah menggunakan wang simpanan untuk melabur dengan membuat empat kali bayaran ke dua akaun antara 23 hingga 25 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa sedar ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang daripada platform terbabit dan diminta membuat tambahan pelaburan oleh suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.