ad

EXCO: SLIM, ASAS diperluas, manfaat kesihatan untuk semua lapisan masyarakat

17 Ogos 2025, 6:30 AM
EXCO: SLIM, ASAS diperluas, manfaat kesihatan untuk semua lapisan masyarakat
EXCO: SLIM, ASAS diperluas, manfaat kesihatan untuk semua lapisan masyarakat
EXCO: SLIM, ASAS diperluas, manfaat kesihatan untuk semua lapisan masyarakat
EXCO: SLIM, ASAS diperluas, manfaat kesihatan untuk semua lapisan masyarakat
EXCO: SLIM, ASAS diperluas, manfaat kesihatan untuk semua lapisan masyarakat

SELAYANG, 17 OGOS: Program Selangor Lifestyle Improvement Module (SLIM) dan Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) diperluas kepada masyarakat umum berbanding sebelum ini hanya tertumpu kepada penjawat awam serta pemberian bakul makanan dengan penerima terhad.

EXCO Kesihatan Awam berkata, peluasan itu membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat dua inisiatif berkenaan yang memberi fokus kepada aspek pencegahan kesihatan.

"Program akan dilaksanakan di sembilan daerah dengan 18 lokasi tahun ini dan disesuaikan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pandangan pemimpin setempat bagi memastikan keberkesanannya," kata Jamaliah Jamaluddin.

Beliau ditemui ketika hadir pada program SLIM dan ASAS di Pangsapuri Putri Laksamana, Batu Caves di sini hari ini.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin ditemui ketika Karnival Anak Selangor Anak Sihat dan Program Selangor Lifestyle Improvement Module di Pangsapuri Putri Laksamana Batu Caves Selangor pada 17 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, pendekatan baharu itu memberi ruang kepada SLIM untuk disasarkan kepada golongan dewasa dan ibu bapa, manakala ASAS menumpukan kepada kanak-kanak serta keluarga.

Beliau menjelaskan objektif utama kedua-dua program adalah membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman, amalan pemakanan sihat serta pemeriksaan kesihatan.

"Kita nak tunjukkan kepada rakyat bahawa pentingnya jaga kesihatan bukan sahaja daripada segi senaman tetapi juga pemakanan dan saringan kesihatan.

"Fokus utama Kerajaan Negeri adalah inisiatif berkaitan pencegahan supaya dapat kurangkan kebergantungan penduduk kepada rawatan," jelasnya.

Tambah Jamaliah, program itu turut mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan yang menyediakan suntikan vaksin influenza untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas serta vaksin bagi kanak-kanak bawah lima tahun.

Antara pengisian lain program termasuk senamrobik, saringan asas kesihatan, ceramah dan demonstrasi masakan sihat serta aktiviti fizikal untuk kanak-kanak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.