ad

Tengku Zafrul sah sertai KEADILAN, ahli cabang Ampang

9 Ogos 2025, 2:01 AM
Tengku Zafrul sah sertai KEADILAN, ahli cabang Ampang

OSAKA, 9 OGOS: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah diterima dua minggu lepas.

Tengku Zafrul berkata beliau kini merupakan ahli KEADILAN bagi Cabang Ampang.

"Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas," katanya kepada media Malaysia di sini semalam ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.

Pada 30 Mei lepas, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Menerusi surat kepada pimpinan UMNO, beliau melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.