ad
AGENSI

Bau abnormal di Sungai Semenyih, LUAS aktif siasatan dan pemantauan rapi

28 Jul 2025, 3:17 AM
Bau abnormal di Sungai Semenyih, LUAS aktif siasatan dan pemantauan rapi

SHAH ALAM, 28 JUL: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan Kod Kuning awal pagi tadi susulan pengesanan bau abnormal di Sungai Semenyih, dipercayai berpunca daripada aliran Sungai Kabul.

Agensi itu memberitahu siasatan awal bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mendapati bau berkenaan mencatatkan paras sehingga 10 ton.

Sebagai langkah kawalan, LUAS menjalankan pemantauan intensif setiap 30 minit di titik statik Sungai Semenyih, yang terletak 1.5 kilometer dari hulu muka sauk loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih.

“Sebanyak empat unit pam digunakan bagi menyalurkan 616 juta liter air sehari melalui Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) ke muka sauk LRA Sungai Semenyih sebagai langkah alternatif untuk mengelak pencemaran terus ke loji,” menurut LUAS dalam kenyataan hari ini.

Tambah LUAS, siasatan di kawasan Sungai Kabul masih dijalankan, manakala bacaan bau di Sungai Semenyih menunjukkan trend penurunan.

“Sehingga jam 8.30 pagi, bacaan bau yang direkodkan adalah tiga ton dan keadaan kini terkawal. LUAS akan terus menjalankan pemantauan rapi serta giat mengenal pasti punca sebenar pencemaran bau tersebut,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.