ad
BERITA UTAMA

Selangor Agro Green 2025 sasar 10,000 pengunjung di Hulu Langat

26 Jul 2025, 1:30 PM
Selangor Agro Green 2025 sasar 10,000 pengunjung di Hulu Langat
Selangor Agro Green 2025 sasar 10,000 pengunjung di Hulu Langat

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN

HULU LANGAT, 26 JUL: Program Selangor Agro Green 2025 yang berlangsung di Taman Flora Cheras mulai hari ini hingga 28 Julai menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung.

EXCO pertanian berkata program anjuran Jabatan Pertanian Selangor itu merupakan penjenamaan semula Hari Pertemuan Pelanggan bagi memperkenalkan kemajuan sektor pertanian dan agro-makanan di negeri ini.

“Pendekatan baharu ini membolehkan kita memperluaskan skop program meliputi pertanian bernilai tinggi, teknologi moden, agro-pelancongan dan pemodenan rantaian bekalan makanan negeri,” kata Dato’ Ir Izham Hashim selepas merasmikan Program Selangor Agrogreen 2025 di sini, hari ini.

[caption id="attachment_712478" align="aligncenter" width="704"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor Dato' Ir. Izham Hashim mengunjungi reruai di Selangor Agrogreen 2025 di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Langat pada 26 Julai 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurut beliau, penganjuran kali ini berbeza apabila lokasi dipilih di luar pusat beli-belah, bagi memberi suasana lebih dekat dengan alam serta menampilkan potensi sebenar sektor pertanian di Selangor.

“Biasanya kita adakan di pusat beli-belah kerana ramai pengunjung, namun untuk julung kali kita pilih lokasi ini yang sangat menarik dan sesuai dengan konsep pertanian hijau,” katanya.

Tambah Ir. Izham, program ini turut memberi manfaat kepada pihak luar khususnya dalam meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif dan usaha usahawan muda di Selangor.

“Selain itu, sesi padanan perniagaan juga disediakan bagi membuka ruang kerjasama strategik antara pemain industri, manakala jualan produk-produk pertanian dengan harga istimewa turut menjadi antara tarikan utama,” katanya lagi.

Sepanjang tiga hari program, pelbagai pengisian disediakan termasuk pameran, jualan hasil tani, bengkel, demonstrasi teknologi pertanian terkini serta sesi padanan perniagaan.

“Program ini berlangsung bermula hari ini hingga Isnin. Orang ramai masih berpeluang hadir bersama keluarga dan melihat sendiri kehebatan Agro Selangor,” katanya.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.