ad
AGENDA

Ahli perniagaan rugi RM1.4 juta, terperdaya skim pelaburan dalam talian

22 Jul 2025, 1:17 AM
Ahli perniagaan rugi RM1.4 juta, terperdaya skim pelaburan dalam talian

SEREMBAN, 22 JULAI: Ahli perniagaan kerugian lebih RM1 juta akibat terperdaya skim pelaburan dalam talian tidak wujud April lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 50-an itu jam 4.22 petang semalam di Balai Polis Pantai di sini.

“Mangsa mendakwa berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan itu pada 29 April lepas dan berminat untuk melabur kerana dijanjikan keuntungan lumayan.

“Dia kemudian diminta muat turun satu aplikasi di telefon bimbit sebelum memindahkan wang ke dalam tujuh akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan melalui 15 transaksi dengan keseluruhan berjumlah RM1,449,750,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Malik berkata mangsa menyedari ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan sekiranya hendak mengeluarkan keuntungan pelaburan tersebut.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.