ad
AGENDA

Peniaga wanita cedera, pembeli cuba samun ketika hantar pesanan kuih

21 Jul 2025, 12:44 PM
Peniaga wanita cedera, pembeli cuba samun ketika hantar pesanan kuih

JERTIH, 21 JULAI: Peniaga wanita cedera kedua-dua tangan selepas menghalang lelaki cuba menyamunnya dengan menyamar sebagai pembeli di Jalan Tembila, Kampung Gong Medang, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata kejadian berlaku 2.30 petang ketika peniaga berusia 31 tahun itu mahu menghantar kuih sejuk beku ditempah suspek di sebuah rumah di situ.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menghampiri mangsa yang berada dalam kereta lalu mengeluarkan pisau dan cuba mengambil kunci kereta mangsa.

“Mangsa bertindak menghalang suspek menggunakan tangan menyebabkan tangan kanan dan kirinya cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit gagal mengambil barang berharga daripada mangsa dan melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.