ad
BERITA UTAMA

Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam penutup FTIS 3.0

21 Jul 2025, 1:00 AM
Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam penutup FTIS 3.0
Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam penutup FTIS 3.0
Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam penutup FTIS 3.0
Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam penutup FTIS 3.0
Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam penutup FTIS 3.0

SHAH ALAM, 21 JULAI: Program Darul Ehsan Berselawat sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 (FTIS 3.0) menutup tirainya malam tadi dengan penganjuran Konsert Alunan Mahabbah Festival Kesenian Islam.

Berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, kira-kira 10,000 pengunjung pelbagai lapisan usia hadir dari serata negeri bagi memberi sokongan dan menyaksikan program berbentuk islamik tersebut.

Berlainan dengan penganjuran tahun sebelum, program berkenaan malam tadi menampilkan empat barisan kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti Raihan, Rabbani, UNIC dan Inteam.

[caption id="attachment_711481" align="aligncenter" width="705"] Kumpulan Rabbani pada Konsert Alunan Mahabbah sempena Festival Kesenian Islam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 20 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Penampilan kumpulan tersebut termasuk kumpulan Babul Mustofa berjaya menghidupkan suasana Dataran Kemerdekaan dengan alunan qasidah, selawat dan lagu-lagu dakwah yang menyentuh jiwa.

Konsert itu bukan sahaja menghibur secara kerohanian, malah menyatukan masyarakat selaras dengan matlamat Festival Turath Islami yang memartabatkan warisan ilmu, budaya dan seni Islam.

FTIS 3.0 bermula sejak 12 Julai hingga semalam menampilkan 18 tokoh agama dan ulama tersohor, yang menjalankan tiga sesi pengajian setiap hari bermula jam 9 pagi manakala sesi petang antara jam 4.45 petang hingga 8.45 malam.

[caption id="attachment_711480" align="aligncenter" width="705"] Kumpulan Inteam pada Konsert Alunan Mahabbah sempena Festival Kesenian Islam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 20 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Festival itu turut dimeriahkan dengan pameran sekurang-kurangnya 10 manuskrip kitab turath tulisan tangan berusia lebih 100 tahun di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.

Selain Adi Hidayat, empat lagi tokoh ilmuwan Islam terkemuka iaitu Prof Dr Abdul Fattah Abdul Ghani Al-Awari, Prof Dr Idris al-Kharshafi, Dr Mohammad Akram an-Nadwi dan Dr Majd Makki dijemput mengupas dua kitab tafsir agung karya Imam as-Suyuti.

[caption id="attachment_711479" align="aligncenter" width="709"] Kumpulan UNIC pada Konsert Alunan Mahabbah sempena Festival Kesenian Islam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 20 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_711478" align="aligncenter" width="732"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika hadir pada Konsert Alunan Mahabbah sempena Festival Kesenian Islam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 20 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.