PBT

Peniaga puji kempen MPAJ basmi tikus, Pasar Pekan Ampang makin bersih

16 Jul 2025, 1:40 PM
Peniaga puji kempen MPAJ basmi tikus, Pasar Pekan Ampang makin bersih
Peniaga puji kempen MPAJ basmi tikus, Pasar Pekan Ampang makin bersih
Peniaga puji kempen MPAJ basmi tikus, Pasar Pekan Ampang makin bersih
Peniaga puji kempen MPAJ basmi tikus, Pasar Pekan Ampang makin bersih
Peniaga puji kempen MPAJ basmi tikus, Pasar Pekan Ampang makin bersih
Peniaga puji kempen MPAJ basmi tikus, Pasar Pekan Ampang makin bersih

Oleh Dewi Abdul Rahman

AMPANG JAYA, 16 JUL: Peniaga Pasar Pekan Ampang memuji Kempen Basmi Tikus anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang berjaya mengurangkan populasi haiwan perosak itu sekali gus meningkatkan tahap kebersihan pasar berkenaan.

Penjual ayam, Norli Zainudin Ahmad, 48, yang menjalankan perniagaan keluarga sejak 1987 menyifatkan keadaan pasar kini jauh lebih baik berbanding dahulu yang pernah menjadi ‘sarang’ tikus.

[caption id="attachment_710697" align="aligncenter" width="812"] Norli Zainudin Ahmad, 48,[/caption]

“Dulu memang banyak tikus, sekarang dah berkurang sangat. Saya sokong usaha ini sebab ia betul-betul bantu bersihkan kawasan.

“Tapi kami peniaga pun kena main peranan, jangan buang sampah sesuka hati,” katanya kepada Media Selangor.

Pandangan sama turut dikongsi sorang lagi peniaga Iman, 52, yang menyifatkan kempen itu berkesan kerana disertakan insentif kewangan.

[caption id="attachment_710700" align="aligncenter" width="812"] Iman, 52,[/caption]

“Dulu banyak tikus, sekarang dah kurang. Kempen ni bagus sebab ada ganjaran, ia beri motivasi. Tapi kalau boleh, buat lebih kerap,” ujarnya.

Sementara itu, Peniaga kedai makan Lai Yiew Ping, 54, pula mencadangkan agar operasi ditumpukan di kawasan yang banyak sampah, khususnya pada waktu malam.

[caption id="attachment_710701" align="aligncenter" width="809"] Lai Yiew Ping, 54,[/caption]

“Itu memang waktu tikus aktif. Kita peniaga pun kena jaga kebersihan tapak sendiri,” katanya.

Masku Achari, 28, yang tinggal di Ampang sejak 12 tahun lalu turut menyambut baik komitmen MPAJ.

“Saya nampak perangkap dan racun tikus diletakkan di seluruh pasar termasuk longkang depan kedai saya. Harap usaha ini berterusan dan lebih kerap,” katanya.

Setakat ini, kempen yang berlangsung dari 8 hingga 25 Julai berjaya menangkap 25 ekor tikus melalui penyertaan orang awam.

[caption id="attachment_710698" align="aligncenter" width="811"] Petugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberikan ganjaran wang tunai RM3 bagi setiap tikus yang ditangkap kepada peniaga sempena Kempen Basmi Tikus anjuran MPAJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8 di Pasar Pekan Ampang pada 16 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

MPAJ menawarkan ganjaran tunai RM3 bagi setiap tangkapan dengan kaunter tuntutan dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 12 tengah hari di perkarangan pasar.

Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8 bagi memupuk kesedaran komuniti dalam menjaga kebersihan dan mencegah pembiakan tikus di kawasan perniagaan.

[caption id="attachment_710702" align="aligncenter" width="814"] Poster informasi turut ditampal di dinding sebagai sebahagian inisiatif menjayakan Kempen Basmi Tikus anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 8 di Pasar Pekan Ampang pada 16 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]