ad
AGENDA

Lelaki dipercayai cederakan bekas teman wanita direman empat hari

15 Jul 2025, 1:13 PM
Lelaki dipercayai cederakan bekas teman wanita direman empat hari

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Lelaki warga asing yang disyaki mencederakan bekas teman wanitanya menggunakan pisau di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor petang semalam, direman empat hari hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca selepas suspek berusia 21 tahun itu tidak berpuas hati dengan mangsa.

“Suspek dikatakan tidak puas hati apabila bekas teman wanitanya menipu mengatakan suspek menghalang mangsa keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang juga warga asing berusia 20 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Semalam, Wan Azlan mengesahkan penahanan lelaki terbabit selepas menerima laporan kejadian pada 6.30 petang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.