Festival Bon Odori 2025 sekali lagi menjadi pentas pertembungan budaya antara Malaysia dan Jepun, menarik ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa memeriahkan suasana.
Berlangsung di Sunway City, Subang Jaya sejak semalam hingga hari ini, acara tahunan itu menyajikan tarian tradisional dan persembahan seni, selain sajian juadah autentik dari negara matahari terbit.
Dianjurkan Kelab Jepun Kuala Lumpur dengan sokongan Tourism Selangor, festival itu turut menyemarakkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 yang berlangsung ketika ini.
Jurufoto FIKRI YUSOF merakamkan warna-warni sekitar festival yang bukan sekadar sambutan budaya, malah memberi pengalaman pelancongan berunsur pendidikan dan warisan.
[caption id="attachment_710187" align="alignnone" width="917"] Pengunjung beratur untuk memasuki Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710188" align="alignnone" width="923"] Pengunjung menyewa pakaian di gerai jualan sempena Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710189" align="alignnone" width="862"] Seorang kanak-kanak memakai topeng kucing budaya Jepun yang unik ketika Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710190" align="alignnone" width="884"] Pengunjung berswafoto dengan mengayakan pakaian tradisional Jepun, Kimono ketika Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710191" align="alignnone" width="860"] Penari mempersembahkan tarian ketika Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710192" align="alignnone" width="869"] Pengunjung diberikan kipas percuma ketika Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="" align="alignnone" width="887"] Pengunjung mengayakan kostum anime ketika Festival Bon Odori Ke-49 di Sunway Pinnacle, Subang Jaya pada 12 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]