ad
SELANGOR

Pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang terbakar

10 Jul 2025, 4:24 AM
Pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang terbakar

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Sebuah bilik pejabat di bangunan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 pagi sebelum 16 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada 1.25 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan sekolah tiga tingkat dan tertumpu di sebuah bilik pejabat bersaiz 30x30 kaki persegi di tingkat dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 1.58 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kajang dan Bangi, diketuai Pegawai Bomba Kanan II Isam Abd Rahman.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.