ad
AGENDA

Pakar: Kesihatan mental pelajar perlu diutamakan, masuk kurikulum sekolah

8 Jul 2025, 1:00 PM
Pakar: Kesihatan mental pelajar perlu diutamakan, masuk kurikulum sekolah
Pakar: Kesihatan mental pelajar perlu diutamakan, masuk kurikulum sekolah
Pakar: Kesihatan mental pelajar perlu diutamakan, masuk kurikulum sekolah
Pakar: Kesihatan mental pelajar perlu diutamakan, masuk kurikulum sekolah

SHAH ALAM, 8 JUL: Perubahan mendadak dalam tingkah laku pelajar boleh menjadi isyarat awal kepada gangguan kesihatan mental seperti kemurungan dan tidak harus dipandang ringan.

Pensyarah Kanan merangkap Pakar Psikologi di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia berkata antara tanda ketara lain termasuk hilang minat terhadap aktiviti yang sebelum ini digemari atau anhedonia.

Menurut Dr Hilwa Abdullah@Mohd Nor, mereka yang mengalami gejala ini juga cenderung menyendiri, mengalami gangguan tidur, hilang selera makan, kurang tumpuan dan mencedera atau membunuh diri.

[caption id="attachment_709315" align="aligncenter" width="795"] Pensyarah Kanan merangkap Pakar Psikologi di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Hilwa Abdullah@Mohd Nor[/caption]

“Tanda awal apabila anak itu berubah tingkah laku. Sudah tak bergaul dengan ahli keluarga. Dia tidak keluar bilik, tidak bercampur, tidak keluar dengan kawan.

“Selain itu, dia sudah tidak suka melakukan benda-benda yang disukai yang dipanggil anhedonia, iaitu hilang keseronokan kepada perkara-perkara yang anda selalu buat,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) menggesa agar pendidikan kesihatan mental dimasukkan secara rasmi dalam kurikulum sekolah sebagai langkah jangka panjang menangani isu ini.

Prof Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali menjelaskan inisiatif tersebut penting bagi membantu pelajar mengurus tekanan, membina empati dan menghapuskan stigma terhadap kesihatan mental.

[caption id="attachment_709316" align="aligncenter" width="743"] Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) Prof Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali[/caption]

“PSIMA menyeru agar semua pihak ibu bapa, guru, pentadbir sekolah, pembuat dasar, media dan masyarakat berganding bahu membina persekitaran yang lebih menyokong kesihatan mental pelajar.

"Jangan tunggu tragedi berlaku baru kita mahu peduli. Kesihatan mental adalah tanggungjawab bersama. Setiap pelajar berhak hidup dengan harapan bukan dalam ketakutan," katanya.

Semalam, EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin memaklumkan sebanyak 2.8 peratus daripada 36,428 pelajar sekolah menengah di Selangor yang menjalani saringan Minda Sihat Murid 2024/2025 dikenal pasti berisiko tinggi mengalami kemurungan.

Jelasnya, 1,020 pelajar itu dikesan menerusi soal selidik yang dijalankan, manakala secara keseluruhan tingkah laku psikologi negatif pelajar di negeri ini masih berada dalam tahap terkawal berdasarkan analisis data.

[caption id="attachment_574019" align="aligncenter" width="748"] Ilustrasi kemurungan. Foto BERNAMA[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.