ad
AGENDA

Mayat enam beranak ditemui berkumpul tempat duduk belakang, dipercayai cuba keluar

7 Jul 2025, 6:48 AM
Mayat enam beranak ditemui berkumpul tempat duduk belakang, dipercayai cuba keluar
Mayat enam beranak ditemui berkumpul tempat duduk belakang, dipercayai cuba keluar
Mayat enam beranak ditemui berkumpul tempat duduk belakang, dipercayai cuba keluar
Mayat enam beranak ditemui berkumpul tempat duduk belakang, dipercayai cuba keluar

SHAH ALAM, 7 JULAI: Semua enam mangsa dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, Jitra hari ini ditemui di bahagian belakang kereta sebelah kiri dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata berikutan itu anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terpaksa memecahkan cermin belakang dan memotong bumbung kereta untuk mengeluarkan mangsa, lapor portal Berita Harian.

Beliau berkata, pihak bomba turut berdepan cabaran untuk mengeluarkan mangsa melalui pintu belakang disebabkan berada dalam air.

Katanya, mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita dewasa, tiga kanak-kanak serta seorang bayi lelaki.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan brek tayar yang jaraknya kira-kira satu meter dari tebing.

"Anggota bomba mengeluarkan semua mangsa dalam kereta terbabit dan mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

"Kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

[caption id="attachment_709135" align="aligncenter" width="700"] Mayat enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan dalam sebuah kereta yang tenggelam di dasar Sungai Korok, dekat Jitra pada 7 Julai 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Media sebelum ini melaporkan enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, hari ini.

Operasi mengangkat mayat keenam-enam sekeluarga itu dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

Enam mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga 9 tahun yang dilaporkan hilang selepas pulang bermalam di rumah ahli keluarga mereka, awal pagi Sabtu lalu.

[caption id="attachment_709141" align="aligncenter" width="700"] Suasana sedih menyelubungi lokasi kejadian enam beranak yang ditemui maut dalam sebuah kereta yang tenggelam di dasar Sungai Korok, dekat Jitra pada 7 Julai 2025. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_709134" align="aligncenter" width="700"] Suasana sedih menyelubungi lokasi kejadian enam beranak yang ditemui maut dalam sebuah kereta yang tenggelam di dasar Sungai Korok, dekat Jitra pada 7 Julai 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.