SHAH ALAM, 30 JUN: Siasatan berhubung letupan saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu tidak menemukan sebarang unsur khianat, sabotaj mahupun kecuaian.
Ketua polis Selangor berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dan aspek kecuaian selain Seksyen 285 Kanun Keseksaan serta Seksyen 286 dalam kanun sama.
Menurut Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya merakam keterangan seramai 212 saksi melibatkan mangsa kejadian, Petronas, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), pemaju, kontraktor, saksi bebas dan pakar bebas.
“Hasil siasatan mendapati penggantian paip pembentung di kawasan kejadian mengikut garis panduan yang ditetap MBSJ iaitu berada di bawah zon penampan di jarak 40 meter daripada paip gas Petronas tersebut.
“Kerja mengorek tanah untuk penggantian paip kumbahan yang dijalankan oleh kontraktor tidak mengakibatkan ganguan paip petronas secara langsung kerana berada di kedalaman lima meter dari paras jalan.
“Selain itu, tiada sebarang kerja pembinaan termasuk unsur sabotaj ketika kebakaran berlaku dan bacaan gas dalam paip adalah normal, hanya turun secara mendadak sewaktu kejadian,” katanya.
[caption id="attachment_699158" align="alignnone" width="895"] Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (tengah) bercakap kepada media ketika lawatan ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 30 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Bercakap pada sidang media, Hussein menambah siasatan komprehensif telah dijalankan melibatkan pengambilan pelbagai sampel bagi mencari bahan bukti di tempat kejadian.
“Tumpuan siasatan membabitkan tiga aspek utama iaitu aktiviti kerja pihak kontraktor di kawasan letupan termasuk deretan pembinaan terutama lot kedai dan penggantian paip.
“Kedua mengesan sebarang unsur khianat atau sabotaj dari mana-mana pihak dan seterusnya mengenal pasti aktiviti seperti letupan bom serta pembakaran mercun,” ielasnya lagi.
Insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lalu menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Letupan berkenaan turut menyebabkan kawah besar terbentuk di lokasi kejadian dengan kedalaman 9.8 meter dan keluasan sekitar 21 x 24 meter dan dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Susulan insiden itu sebanyak 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 lagi separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.