KUALA LANGAT, 30 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memperbaharui kontrak pengurusan sisa pepejal selama tujuh tahun berkuat kuasa esok.
Pengarah Urusan KDEBWM, Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata, menerusi kontrak baharu itu, jumlah zon kutipan ditingkatkan kepada 27 zon berbanding 15 zon pada 2018.
Katanya, bilangan lori kompaktor yang diserahkan juga bertambah kepada 28 buah, merangkumi 25 lori kompaktor 19 tan, dua lori mini 7.5 tan dan satu tong 'roll on roll off'.
[caption id="attachment_707794" align="aligncenter" width="698"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management Dato' Ramli Mohd Tahir bersama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Mohd Hasry Nor Mohd S.M.S melihat lori kompaktor ketika majlis pelancaran Lori Kompaktor Dan Imej Baharu KDEB Waste Management Bagi Kerja-Kerja Kutipan Sisa Domestik Di Bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Ibu Pejabat MPKL, Kuala Langat pada 30 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Pada 2018, ketika KDEBWM mengambil alih pengurusan sisa di Kuala Langat, populasi daerah ini sekitar 50,000. Kini, sejak dinaik taraf kepada perbandaran, jumlah penduduk meningkat lebih 64,000.
“Dengan penambahan aset logistik, perkhidmatan dijangka memberi manfaat kepada 27 zon termasuk kampung tradisi, sekali gus meningkatkan kecekapan dan mengurangkan gangguan operasi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Lori Kompaktor dan Imej Baharu KDEBWM di Ibu Pejabat MPKL, hari ini.
[caption id="attachment_707792" align="aligncenter" width="692"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management Dato' Ramli Mohd Tahir (kanan) menyerahkan kunci replika kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Mohd Hasry Nor Mohd S.M.S ketika majlis pelancaran Lori Kompaktor Dan Imej Baharu KDEB Waste Management Bagi Kerja-Kerja Kutipan Sisa Domestik Di Bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Ibu Pejabat MPKL, Kuala Langat pada 30 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, majlis tersebut bukan sekadar simbolik, sebaliknya menandakan permulaan fasa baharu kerjasama strategik dengan KDEBWM dalam memperkukuh sistem pengurusan sisa.
Menurutnya, selaras dengan keperluan semasa dan pertambahan penduduk, MPKL turut menambah baik jadual kutipan sisa pepejal termasuk penempatan 238 unit tong sampah di 70 lokasi untuk kegunaan 36 kampung tradisi.
[caption id="attachment_707793" align="aligncenter" width="699"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management Dato' Ramli Mohd Tahir (kanan) bersama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Mohd Hasry Nor Mohd S.M.S ketika majlis pelancaran Lori Kompaktor Dan Imej Baharu KDEB Waste Management Bagi Kerja-Kerja Kutipan Sisa Domestik Di Bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Ibu Pejabat MPKL, Kuala Langat pada 30 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Bagi kutipan sampah domestik di kampung tradisi, kekerapan ditingkatkan daripada tiga kali seminggu kepada setiap hari. Manakala kutipan sampah pukal pula dilaksanakan tiga kali seminggu berbanding sekali seminggu sebelum ini.
“Kami yakin penjadualan baharu ini mampu meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan aduan dan masalah lambakan sisa, terutama di kawasan kediaman dan kampung tradisi,” katanya.