ad
AGENSI

YAWAS: Tuntutan baucar beli-belah RM150 fasa 3 dibuka mulai esok

30 Jun 2025, 12:31 PM
YAWAS: Tuntutan baucar beli-belah RM150 fasa 3 dibuka mulai esok
YAWAS: Tuntutan baucar beli-belah RM150 fasa 3 dibuka mulai esok

SHAH ALAM, 30 JUN: Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang lahir pada Julai, Ogos dan September boleh mula menuntut baucar beli-belah RM150 bermula esok hingga 30 September.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan orang ramai yang layak diminta hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing untuk membuat tuntutan di bawah Fasa 3 Skim Mesra itu.

"Penyerahan baucar hanya melibatkan ahli berdaftar dalam dua skim berkenaan yang menyambut ulang tahun kelahiran dalam tiga bulan tersebut.

"Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat ini dan pastikan anda membuat tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya di Facebook.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM20 juta untuk melaksanakan skim itu mulai 1 Jun ini, yang memanfaatkan 20,000 individu berusia 50 tahun ke atas serta OKU.

Sebelum ini, bantuan khairat kematian warga emas melalui SMUE dihentikan pada Mei 2019 sebelum disambung semula pada 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.