AGENDA

Syed Saddiq bebas, ketepi hukuman penjara tujuh tahun

25 Jun 2025, 10:48 AM
Syed Saddiq bebas, ketepi hukuman penjara tujuh tahun

SHAH ALAM, 25 JUN: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang membenarkan rayuan Syed Saddiq mengetepikan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.