ad
EXCO

Selangor perkukuh usaha angkat peranan wanita, tandatangan MoU dengan WFD

23 Jun 2025, 8:45 PM
Selangor perkukuh usaha angkat peranan wanita, tandatangan MoU dengan WFD

OLEH NUR AZYYATI OMAR

SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Negeri menerusi Wanita Berdaya Selangor (WBS) memperkukuh lagi usaha memperkasakan wanita apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Westminster Foundation for Democracy (WFD) hari ini.

Kerjasama itu bertujuan menangani diskriminasi serta mencapai kesaksamaan gender melalui pelaksanaan program Gender Observatory yang lebih menyeluruh dan tersusun.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata langkah ini penting bagi memastikan penyertaan dan kepimpinan wanita dalam arena demokrasi Malaysia terus diperkukuh.

“Menurut indeks jurang jantina di Malaysia, kita masih ketinggalan. Skor negara adalah 0.096 sedangkan tahap ideal ialah 1. Ini membuktikan masih banyak usaha perlu dilakukan,” katanya dalam sidang media di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini.

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Saipolyazan M. Yusop, Pengarah Asia Pasifik dan Amerika WFD Matthew Hedges.

Kerjasama itu dilaksanakan di bawah inisiatif Women Political Leadership Programme (Fasa II) dari Mei hingga Ogos 2025. Ia melibatkan:

- reka bentuk penyelidikan berkaitan gender dan demokrasi

- makmal konsultasi dan dialog data

- pemantauan kemajuan dasar

- pembentangan serta advokasi dasar awam

Program ini juga selaras dengan Dasar Wanita Selangor yang mendukung matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan nilai Malaysia Madani, khususnya dalam meningkatkan peranan wanita dalam bidang sosial, politik dan ekonomi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.