ad
BERITA UTAMA

Tinggal kerjaya demi ibu sakit, pemuda cuba nasib di Jelajah Jobcare

21 Jun 2025, 9:30 PM
Tinggal kerjaya demi ibu sakit, pemuda cuba nasib di Jelajah Jobcare
Tinggal kerjaya demi ibu sakit, pemuda cuba nasib di Jelajah Jobcare
Tinggal kerjaya demi ibu sakit, pemuda cuba nasib di Jelajah Jobcare
Tinggal kerjaya demi ibu sakit, pemuda cuba nasib di Jelajah Jobcare
Tinggal kerjaya demi ibu sakit, pemuda cuba nasib di Jelajah Jobcare

KUALA LANGAT, 21 JUN: Penganjuran Karnival Jelajah JobCare Selangor memudahkan pencari kerja mencuba nasib mengisi jawatan kosong dalam sektor yang mereka minati.

Ekhwan Azraei Azman, 25, berkata beliau berhenti bekerja sebagai pereka grafik di Pulau Pinang dua tahun lalu kerana perlu menjaga ibu yang sedang sakit.

[caption id="attachment_706534" align="alignleft" width="347"] Ekhwan Azraei Azman[/caption]

“Selepas berhenti kerja saya bekerja sendiri dengan menjual barangan di laman sosial. Namun, apabila ternampak iklan karnival ini di Facebook, saya terpanggil untuk mencuba nasib.

“Saya ada minat beberapa bidang antaranya bahagian logistik. Saya berharap akan dipanggil beberapa syarikat yang terletak berhampiran Banting sahaja kerana dapat menjaga ibu,” katanya.

Beliau antara peserta yang mengunjungi karnival peringkat daerah Kuala Langat yang berlangsung di Dewan Sri Jugra, Banting, di sini hari ini.

[caption id="attachment_706497" align="alignnone" width="920"] Pengunjung menghadiri Karnival Jelajah Jobcare Daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, Banting pada 21 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Karnival Jelajah JobCare yang bermula 19 April lalu menawarkan lebih 40,000 peluang pekerjaan termasuk kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan bekas banduan.

Menjelajah ke sembilan daerah, karnival kerjaya itu merangkumi pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, pemasaran, kesihatan, pelancongan, hospitaliti dan pengangkutan.

[caption id="attachment_706535" align="alignright" width="345"] Nur Nazirah Roslan[/caption]

Sementara itu, Nur Nazirah Roslan, 24, pula berharap salah satu syarikat memanggilnya untuk hadir ke sesi temu duga kali kedua.

“Saya datang awal pagi dan telah ditemu duga tiga syarikat kejuruteraan. Bagi saya, inisiatif menempatkan pelbagai syarikat di bawah satu bumbung memudahkan pencari kerja.

“Malah, ini juga dapat jimat masa kerana tidak perlu bergerak jauh dan sekiranya berkelayakan akan terus dapat menjalani temu duga kedua pada tarikh yang ditetapkan syarikat terbabit,” katanya.

Bagi S Vaethavalli, 21, pula harapannya untuk mendapat pekerjaan menerusi karnival ini agak tinggi kerana mahu meringankan beban keluarga.

[caption id="attachment_706536" align="alignleft" width="348"] S Vaethavalli[/caption]

“Saya baru tamat pengajian di Kolej Twin di Kuala Lumpur dalam bidang pendidikan. Apabila ternampak iklan tentang karnival ini, saya terus mengajak kawan untuk datang.

“Ada beberapa bidang yang saya lihat bersesuaian dan berharap akan diterima bekerja. Ini kerana saya mahu bantu keluarga selain adik-adik masih lagi bersekolah,” kata anak kedua daripada lima beradik itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.