ad
BERITA UTAMA

Cadangan peraturan kenderaan berat elak nahas ragut nyawa

21 Jun 2025, 12:00 PM
Cadangan peraturan kenderaan berat elak nahas ragut nyawa

Ekoran kekerapan nahas, berikut antara peraturan yang pernah dicadangkan tetapi ada tertangguh atau tidak diteruskan:

1. Kotak Hitam (Tachograph)

  • dicadang pada 1998, wajibkan 2001, digugur 2004
  • asalnya wajib dipasang pada semua bas ekspres mulai 1 September 2001 untuk kawal laju & sikap pemandu
  • 2004 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tangguh kuat kuasa & status terkini tidak diwajibkan

2. Pemasangan Peranti Amaran Kelajuan (SWD) / lampu amaran had laju

  • dicadang 2015, peranti keluarkan bunyi/lampu jika lebih had laju. Kos bawah RM500 per unit
  • tiada penguatkuasaan rasmi

3. Sistem pengesan beban

  • sistem High Speed-Weight in Motion (HS-WIM) pantau muatan lori secara automatik
  • dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini

4. Penimbang statik di lokasi strategik

  • amalan sejak 1990-an dengan timbangan manual di lokasi luar bandar, pintu kilang atau pelabuhan
  • banyak rosak, tidak digunakan dengan efektif
  • pihak industri sering elak dan pilih laluan lain

5. Larangan lori masuk bandar sepanjang hari

  • beberapa kali dicadangkan (termasuk 2023)
  • dicadang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan JPJ, larangan penuh lori masuk bandar bagi waktu tertentu sepanjang hari
  • ditentang persatuan logistik kerana ganggu penghantaran & hanya dilaksana waktu puncak

6. Wajib CCTV & GPS

  • dicadang beberapa kali (termasuk 2020, 2022)
  • program BAS.MY 2024 wajibkan untuk bas subsidi, tetapi bukan semua bas atau lori
  • cadangan awal guna dalam semua bas ekspres sejak kes kemalangan maut 2010-an
  • kini dilaksana terpilih pada bas awam tertentu

7. Ujian psikometrik tahunan untuk pemandu

  • dicadang oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (sebelum dibubar)
  • pemandu wajib jalani ujian psikologi setiap tahun
  • tidak dimandatkan, digunakan secara pilihan oleh syarikat tertentu